Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445.jpg

PENANJONG GARISON, Selasa, 18 Julai 2023 – Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445 bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.​​

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Ketua Jurulatih Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan warga Penanjong Garison.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1444 Hijrah yang diketuai oleh Imam Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi, Imam Surau Al-Hikmah Penanjong Garison. Majlis diikuti dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Doa Awal Tahun 1445 Hijrah dan sembahyang Sunat Hajat berjemaah. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.

Majlis ini diadakan bagi memanjat kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar kedatangan tahun baru 1445 Hijrah ini membawa rahmat dan keberkatan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Majlis ini diadakan serentak di kesemua surau dan masjid di seluruh negara termasuk Kementerian Pertahanan dan ABDB. Tema Sambutan Ilal Hijrah 1445 pada tahun ini ialah “Ugama Dipelihara, Negara Sejahtera”. 

PENANJONG GARRISON HELD ILAL HIJRAH 1445 CELEBRATION

PENANJONG GARRISON, Tuesday, 18 July 2023 – In conjunction with the 62nd anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Penanjong Garrison held a Doa Kesyukuran ceremony which took place at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.

Present at the event was Yang Mulia Lieutenant Colonel Amirul Adly bin Haji Ali, Chief Instructor of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). Also present were Senior Officers, Officers and personnel of Penanjong Garrison.

The ceremony commenced with the recitation of Doa Akhir Tahun 1444 Hijrah led by Imam Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi, Imam of Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison. The ceremony proceeded with mass Maghrib prayers and continued with recitation of Doa Awal Tahun 1445 Hijrah and mass Sunat Hajat prayers. The ceremony concluded with mass Isya’ prayers.​​

The event was held to express gratitude to Allah Subhanahu Wa Ta’ala hoping the arrival of New Year 1445H and pray for the blessings on the arrival of New Year 1445H. The ceremonies were held nationwide in all mosques and suraus across the country including the Ministry of Defence and RBAF. The theme of the Ilal Hijrah 1445 celebration was “Ugama Dipelihara, Negara Sejahtera“.

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 180723.jpg