PENANJONG GARISON, Jumaat, 14 Julai 2023 – Majlis Doa Kesyukuran sempena meraikan Hari Keputeraan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-77 tahun telah diadakan di Surah Al-Hikmah, Penanjong Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Mulk ayat 1 hingga 11 oleh 52086 LKpl Muhammad Hazwnuddin Aqmar bin Nordin dari Unit Kompeni Rekrut IL ABDB dan diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil serta Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ Berjemaah.
Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang ke-77 tahun ini disambut di semua surau dan masjid di seluruh negara, termasuk Kementerian Pertahanan sebagai tanda kesyukuran kehadratan Allah Subahanahu Wa Ta’ala dan memohon kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan negara.
PENANJONG GARRISON, Friday, 14 July 2023 – In conjunction with the 77th Birthday Celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Penanjong Garrison held a Doa Kesyukuran event at Surau Al-Hikmah.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).
The event began with the recitation of Surah Al-Mulk, verses 1 to 11 by 52086 LCpl Muhammad Hazwnuddin Aqmar bin Nordin from Recruit Company, TI RBAF and followed by mass Maghrib prayers. The ceremony continued with the recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Kesyukuran and concluded with mass Isya’ prayers.
The event is celebrated nationwide held in all mosques and suraus across the country, including the Ministry of Defence and pray to Allah Subahanahu Wa Ta’ala for the well-being and safety of His Majesty and the country.



