D1.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 30 Jun 2023
– Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun 1444 Hijrah / 2023 Masehi, Penanjong Garison sekali lagi sepertimana lazimnya telah mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah bertempat di Dewan Nikmat, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).

Hadir bagi menyempurnakan pengagihan daging korban dan aqiqah ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan warga Penanjong Garison.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan laungan takbir dan seterusnya diikuti dengan pengagihan daging korban dan aqiqah kepada penerima asnaf termasuk penduduk Kampong Penanjong. Pengagihan daging korban dan aqiqah disampaikan oleh peserta korban dan aqiqah yang diketuai oleh Yang Mulia Komandan IL ABDB.  Sebanyak satu ekor kerbau dan empat ekor kambing telah dijadikan binatang korban di Penanjong Garison pada tahun ini.  Majlis Ibadah Korban ini diadakan secara serentak di surau-surau Kementerian Pertahanan dan ABDB di kesemua perkhemahan.


PENANJONG GARRISON HELD KORBAN AND AQIQAH EVENT 1444 HIJRAH/2023 MASEHI

PENANJONG GARRISON, Friday, 30 June 2023 – In conjunction with
Hari Raya Aidiladha 1444
Hijrah / 2023 Masehi, Penanjong Garison held a
Korban and
Aqiqah event at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.

Present to distribute the sacrificial meats was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). Also present were Senior Officers, Officers and personnel of Penanjong Garrison.

The event began with the recitation of
doa and
takbir and followed by the distribution of the sacrificial meats to
asnaf recipients and residents from Kampong Penanjong. The distribution of thr sacrificial meats was presented by the participants of
korban and
aqiqah which was led by Yang Mulia Commandant of TI RBAF. At Penanjong Garison, a total of one buffalo and four goats were sacrificed this year. The
Ibadah Korban event was held simultaneously at the Ministry of Defence and RBAF
suraus in all RBAF’s camps/garrisons.


D2.jpg

D3.jpg

D4.jpg

D5.jpg

D1.jpg