
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Mejar (U) Muhammad Firdaus bin Haji Muhammad Yusof, Timbalan Pegawai Turus Sel Inspektorat TUDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua-ketua Cawangan, Pemangku SSM SPT IL ABDB, Jurulatih CL3K dan Jurulatih dari Unit Inspektorat Unit ABDB.
Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) Siri 1/2023 ini dikendalikan selama lima (05) hari bermula daripada 05 Jun 2023 hingga 09 Jun 2023 dan disertai seramai tiga puluh lima (35) anggota yang terdiri daripada tujuh belas (17) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, lima (05) anggota dari Markas Angkatan Bersama, tiga (03) anggota dari Institut Latihan ABDB, dua (02) anggota dari Akademi Pertahanan ABDB dan lapan (08) anggota dari Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah daripada wakil peserta kursus 51863 LKpl Ahmad Asyraf bin Abdul Aziz dan diteruskan dengan penyampaian Ulasan Pencapaian peserta kursus daripada 941 Mejar Dayangku Nurhazrimah binti Pengiran Haji Hassanan, Ketua Cawangan Latihan KKK. Selain daripada penyampaian ulasan pencapaian, beliau juga telah menyentuh mengenai sudut pemarkahan yang telah diubah suai mengikut kesesuaian peserta kursus penyelia KKK dan telah dinilai oleh pihak tertentu memandangkan kursus ini adalah kali pertama yang dijalankan oleh Cawangan Latihan KKK (CL3K) sepenuhnya sejak ia mula ditubuhkan pada awal tahun ini.
Seterusnya penyampaian sijil kepada peserta kursus telah disempurnakan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis dan diteruskan dengan penyampaian ucapan yang mana sedikit sebanyak menyentuh dalam aspek KKK dalam berbentuk nasihat dan peringatan kepada peserta kursus agar dapat menyerapkan ilmu dan mengaplikasikan apa yang telah diajar di unit masing-masing selaku seorang Penyelia/ Pegawai KKK yang amanah dan bertanggungjawab. Majlis disempurnakan dengan penutupan kursus secara rasmi, seterusnya bacaan doa penutup dan doa selamat oleh wakil peserta kursus.


