REKRUT2.jpgPENANJONG GARISON, Isnin, 17 April 2023 – Kompeni Rekrut Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pemangku Timbalan Komandan IL ABDB, Ketua Sel Inspektorat IL ABDB dan Ejutan IL ABDB. Majlis disemarakkan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang dipimpin oleh Afiq Abdul Halim bin Hj Daniel, Imam Surau Al Hikmah, Penanjong Garison. Majlis diikuti dengan menikmati juadah berbuka puasa sebelum diakhiri dengan bacaan doa penutup.

Majlis Berbuka Puasa bersama anggota-anggota rekrut merupakan acara yang diadakan setiap tahun pada bulan Ramadhan. Majlis tersebut diharap akan dapat menguatkan lagi hubungan silaturrahim serta
esprit de corps sesama barisan kepimpinan IL ABDB secara amnya dan Kompeni Rekrut secara khususnya dan di samping itu juga mengambil keberkatan beribadah di bulan Ramadhan yang suci ini.

 

REKRUT1.jpg 

REKRUT2.jpg