mkn 1.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 10 Mac 2023 – Majlis Makan Malam Beradat bagi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 02/2022 telah berlangsung di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Penanjong Garison.

Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Ketibaan Tetamu Kehormat dijunjung dan diiringi oleh Yang Mulia 15575 PW2 Md Sallehuddin bin Hj Sulaiman, selaku pengerusi majlis. Turut hadir dimajlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan, jurulatih-jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan, PE IL ABDB.

Majlis Makan Malam Beradat tersebut merupakan salah satu modul pembelajaran yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pengurusan dan etika pengendalian majlis rejimental. Di samping itu, majlis tersebut juga merupakan wadah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pegawai atasan bersama PTB-PTB Kanan dan peserta-peserta kursus.

Majlis Makan Malam Beradat dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan
welcoming drinks. Majlis kemudian teruskan dengan bacaan doa yang di pimpin oleh 13384 PW2 Sulaiman bin Haji Yusof dan seterusnya menikmati jamuan. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis dan ucapan daripada Yang Tetamu Kehormat.

Yang Mulia Tetamu Kehormat dalam ucapannya menyatakan bahawa Majlis Makan Malam Beradat merupakan budaya dan tradisi rejimental bagi anggota tentera yang lazim dikendalikan bagi meraikan majlis-majlis tertentu merangkumi tatacara berpakaian, etika ketika menikmati juadah dan perlaksanaan atur cara majlis. Beliau juga menyatakan bahawa Majlis Makan Malam Beradat merupakan satu pendedahan yang perlu dipraktikkan dan dikekalkan disetiap Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran, disebabkan tidak semua anggota tentera berkesempatan untuk turut serta menghadiri dan menyaksikan majlis tersebut.

Majlis Makan Malam Beradat diserikan dengan Platun Pencaragam Serunai dan Tambur daripada Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei. Majlis tersebut kemudianya diakhiri dengan penandatanganan Lembaran Kenangan.

REGIMENTAL DINNER WARRANT OFFICER LEADERSHIP AND MANAGEMENT COURSE SERIAL 02/2022

PENANJONG GARISSON, Friday, 10 March 2023 – The Regimental Dinner for the Warrant Officer Leadership and Management Course Serial 02/2022 was held at the Warrant Officer, Staff Sargent and Sargent Mess, Penanjong Garisson.

Attending as the Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). The arrival of Commandant TI RBAF was welcome and greeted by Yang Mulia 15575 WO2 Mohammad Sallehuddin bin Haji Sulaiman, the event chariman. Also in attendance were the Senior Officers, Officers, Non-Commission Officers and Instructors of the Leadership and Management Wing, Evolution Center TI RBAF.

The Regimental Dinner is part of the learning module that aim to give exposure and knowledge on management and ethics in organizing regimental event. Furthermore, it is also as platform in strengthening the relationship amongst officers and senior ranks and course participants.

The occasion began with a photo taking session and welcoming drinks. It was then continued with the recitation of doa led by Yang Mulia 13384 WO2 Sulaiman bin Haji Yusof and followed by the start of the dinner. The event carried on with the delivery of speech by the event chairman and the Guest of Honour

The Regimental Dinner proceeded with a delivery of speech by the Guest of Honour. In his speech, he emphasised that the Regimental Dinner is a military regimental culture and tradition to commemorate an occasion.

The Guest of Honor highlighted in his speech that Regimental Dinner is a military regimental culture and tradition that held in commemoration of certain occasion that comprise of dress code of conduct, dinning etiquette and the execution of the programme. In his speech, the Guest of Honor also emphasised that the Regimental Dinner is an exposure that needs to be practiced and maintained in every Warrant Officer Leadership and Management Course. This is due to the limited number of senior ranks that are given the opportunity to attend and witness the event.

The Regimental Dinner was livened up  by the Trumpet and Drum Band Platoon from the Second Battalion of the Royal Brunei Land Force. The even later ended with the signing of signing of parchment.

mkn 2.jpg 

mkn 3.jpg

mkn 4.jpg

mkn 5.jpg

mkn 6.jpg