
Bengkel tersebut dilaksanakan bersama Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Cwgn Lthn Log SPT IL ABDB). Adapun tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada peserta bengkel mengenai tugas, peranan dan tanggungjawab sebagai tukang masak semasa mereka terlibat dalam penugasan tugasan kawalan operasi.
Bengkel yang dihadiri oleh anggota-anggota kompeni 1Bn TDDB telahpun didedahkan dengan praktikal memasak dengan bantuan Jurulatih dari Cwgn Lthn Log SPT IL ABDB dan bantuan tambahan daripada Jbtn Mes Peg, Brks Gar dan Jbtn Mes PW, SSjn & Sjn, Brks Gari.
Majlis Penutupan Bengkel Pengendalian Dan Sajian Makanan Medan telahpun disempurnakan oleh 924 Mej Abdul Hazim bin Haji Abdul Rahman, Peg Mem Kom Pentd, 1Bn TDDB, Berakas Garison.

