
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah Yang Mulia 983 Kpt Majiidah binti Haji Sidek, Timbalan Pegawai Turus, Tugas Turus Doktrin, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir adalah Yang Mulia 1010 Kpt Shazwani binti Ali, Pemangku Ketua Cawangan Cawangan Latihan Kerani IL ABDB, Pegawai Waran Latihan, Jurulatih Kanan, Jemputan-jemputan khas, jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB.
Kursus ini dikendalikan selama 07 minggu bermula daripada 20 Januari 2023 hingga 10 Mac 2023. Seramai 32 orang anggota kursus telahpun menamatkan kursus ini yang terdiri daripada 09 anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), 02 anggota dari Rejimen Pasukan Khas (RPK), 03 anggota dari Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), 12 dari Kementerian Pertahanan dan 02 dari Pasukan Simpanan Gurkha.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh 51935 Sld Anas Fawwas bin Afendi Ajuar kemudian diteruskan dengan ucapan ringkas sepanjang kursus dijalankan daripada 21506 Sjn Dk Shahidah binti Pg Hj Kahar, Pengendali Kursus. Seterusnya penyampaian sijil-sijil, bagi Penuntut Terbaik Akademik dan Menaip disandang oleh 51417 Sld Adib Syazwan bin Abd Rashid dari unit Bn Bantu TDDB. Bagi Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 21862 Sld Dk Nurshyafiqah Hazmariyana binti Pg Hashim dari unit Jabatanarah Logistik, Kementerian Pertahanan, di selajurkan Penyampaian Anugerah Khas Kompeni Terbaik semasa Eksesais Cepat Tepat yang disandang oleh Kompeni C, manakala Anugerah Hasil Kerja Terbaik disandang oleh 51425 Sld Mohammad Haiqal bin Haji Mohimin dari unit Markas TDDB.
Sebelum menutup rasmi, Yang Mulia Tetamu Kehormat meluangkan masa dalam memberikan sedikit kata-kata nasihat serta menekankan kepada para peserta kursus agar sentiasa mengamalkan sifat ikhlas dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, tidak lalai dan tidak mengambil kesempatan dalam membuat tugasan secara Copy & Paste, tidak membuat sesuatu tugasan dengan cara Shortcut serta meimplimantasikan ilmu yang dipelajari daripada Cawangan Latihan Kerani.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dikepalai oleh 51926 Sld Zahin Shamimi bin Suhaimi disertai dengan sesi bergambar ramai dan menikmati jamuan.

