
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Mulia 1098 Kapten Abdul Khair Hazimin bin Haji Abdul Sufriyan, Pegawai Gaji Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei, selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir pada majlis tersebut ialah jemputan-jemputan daripada unit Angkatan Tentera, Sekolah Sarjan Mejar SPT IL ABDB dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Latihan Kewangan SPT IL ABDB.
Kursus ini adalah bertujuan untuk melayakkan peserta kursus menjawat jawatan sebagai kerani gaji dan meningkatkan taraf pengetahuan di dalam bidang kerani gaji yang disalurkan secara terperinci di dalam pelajaran teori dan amali. Kursus ini dikendalikan selama enam (06) minggu bermula daripada 27 Februari 2023 hingga 03 Mac 2023. Seramai sembilan belas (19) peserta kursus telahpun berjaya menamatkan kursus yang terdiri daripada lapan (08) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), satu (01) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), enam (06) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan satu (01) anggota daripada anggota Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dan satu (01) anggota dari Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Al-Isra (Ayat 13-17) yang dibacakan oleh wakil daripada peserta kursus 54385 Soldadu (U) Mohammad Irfan Firdaus bin Mohamad Noor Sam daripada TUDB. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan daripada Jurulatih Pengendali Kursus iaitu 21323 Staf Sarjan Rizahsamsuri binti Bakar. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus. Penuntut terbaik keseluruhan disandang oleh 52063 Soldadu Muhammad Hazeeq Asmui’e bin Muhammad Fazillah daripada Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB).
Semasa majlis tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta menutup rasmi kursus dengan menekankan kepada semua peserta kursus untuk mengamalkan sikap tegas, jujur dan amanah semasa pengendalian tugas dan berharap agar dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari di Cawangan Latihan Kewangan serta professionalisma dalam menjalankan tugas demi kebaikan organisasi ABDB. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh Ustaz Haji Shahrul Azrimin bin Haji Bidin, Guru Agama Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

