
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB dan turut hadir bersama Yang Mulia Mejar Roziahani binti Mohd Jaya, Penolong Pegawai Pemerintah, Jurulatih-Jurulatih Kanan, para jurulatih serta para peserta kursus terdiri dari Kursus Lanjutan Logistik Siri 2/2022, Kursus Peningkatan Logistik Siri 2/2022, Kursus Kerani Asas Siri 2/2022 dan Kursus Asas Kerani Gaji Sesi 2022.
Majlis Bicara Umara ini adalah salah satu majlis yang diadakan setiap kursus yang dijalankan di Sekolah Pertukangan Tentera dan ianya bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim diantara Pegawai Pemerintah bersama para peserta kursus yang dijalankan di unit berkenaan.
Sebelum acara dimulakan semua anggota berkumpul di Briefing Hall, Training Simulation Centre bagi mendengarkan Taklimat Keselamatan yang disampaikan oleh Yang Mulia 16649 PW2 (B) Pengiran Selamat bin Pengiran Zulkiflee selaku Jurulatih yang bertugas.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al – Fatihah yang dibacakan oleh Yang Mulia 52039 Sld Syazwan Haziman Bin Sanif wakil peserta Kursus Kerani Asas Siri 2/2022 dan diikuti dengan Bicara Umara yang disampaikan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat.
Dalam Bicara Umara yang telah disampaikan adalah sedikit sebanyak mengenai dengan nasihat serta peringatan yang berguna kepada semua anggota dan para peserta kursus agar sentiasa berbuat baik kepada keluarga serta rakan seperjuangan agar sama-sama beringat dalam perkerjaan seharian.
Acara diteruskan dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh 51669 Lsm Raihan Bin Hj Mohamad Seruji wakil dari peserta Kursus Peningkatan Logistik Siri 2/2022 dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai di Ruang Pendaftaran Training Simulation Centre, RBTS Penanjong Garison dan menikmati jamuan.