DOA KESYUKURAN HK 39.jpg

PENANJONG GARISON, Rabu, 22 Februari 2023 – Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 tahun bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan pada hari ini di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison bagi memohon kurnia rahmat serta pemeliharaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala bagi kestabilan negara, keselamatan raja serta kesentosaan hidup rakyat dan penduduk negara ini.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Lain-Lain Peringkat gabungan daripada unit IL ABDB, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB), Sekolah Infantri TDDB dan Khidmat Bantuan Kombat TDDB.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yaasin. Bacaan Doa Kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-39 tahun dipimpin oleh Imam Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi. Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya’ Berjemaah.
DOA KESYUKURAN HK 39 2.jpg
DOA KESYUKURAN HK 39 1.jpg