100.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 28 Oktober 2022 – Majlis Penutupan Kursus Ketua Seksyen Gaji Sesi 2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB) telah sempurna dilaksanakan di Cawangan Latihan Kewangan, SPT IL ABDB Penanjong Garison.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Mulia Kapten (U) Muhammad Ali Iskandar bin Muhammad Ali, Pegawai Gaji Pejabat Pemerintah Garison, Bolkiah Garison selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai jemputan, Ketua-ketua Cawangan, Sekolah Sarjan Mejar, dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Latihan Kewangan.

Kursus Ketua Seksyen Gaji Sesi 2022 yang bertujuan untuk melayakkan peserta kusus memegang jawatan Ketua Seksyen Gaji di Unit-Unit Pejabat Gaji ABDB ini telah dikendalikan selama empat (04) minggu bermula daripada 30 September 2022 hingga 28 Oktober 2022. Seramai Tujuh (07) peserta kursus telahpun berjaya menamatkan Kursus ini yang terdiri daripada empat (04) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), satu (01) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), dan dua (02) anggota daripada Kementerian Pertahanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diikuti oleh bacaan Ayat Suci Al-Quran, Surah Al-Mujadalah Ayat 16 hingga 17 daripada wakil peserta kursus, 19928 Kpl Muhammad Kamarulzaman bin Merali daripada Khidmat Bantuan Kombat TDDB. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada 16663 SSjn Mohammad Sihamuddin bin Haji Abdul Rahman selaku Jurulatih Pengendali. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penuntut, Penyampaian Taklimat Terbaik yang disandang oleh 17267 Kpl Johery Khairy bin Abdullah daripada Pejabat Pemerintah Garison dan penyampaian sijil Penuntut Terbaik Keseluruhan yang disandang oleh 19917 Laskar Kanan Muhammad Ruzaini bin Abdullah daripada TLDB. Semasa majlis tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta menutup rasmi kursus dan menekankan kepada semua peserta kursus untuk mengamalkan sikap tegas, jujur dan amanah semasa pengendalian tugas dan berharap dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari serta professionalisma dalam menjalankan tugas demi kebaikan organisasi ABDB. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh wakil peserta kursus 19928 Koperal Muhammad Kamarulzaman bin Merali daripada Khidmat Bantuan Kombat TDDB.

101.jpg

102.jpg