Penanjong Garison, Khamis, 02 September 2022 – Upacara Menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122 bagi bakal-bakal Rekrut Wanita Pengambilan ke-57 telah berlangsung di Dewan Nikmat, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan Latihan Asas Ketenteraan Rekrut Wanita Pengambilan ke-57 ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan IL ABDB, Ketua Pengambilan ABDB dan Sarjan Mejar Rejimen IL ABDB.
Upacara tersebut turut dihadiri dan disaksikan oleh para ibu-bapa dan penjaga bakal-bakal rekrut. Sebelum upacara menandatangani dijalankan, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat, diikuti dengan bacaan ikrar oleh bakal-bakal rekrut dan menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122 bagi Rekrut Wanita Pengambilan ke-57 dan diakhiri dengan bacaan doa.
Rekrut Wanita Pengambilan ke-57 adalah seramai 60 anggota yang terdiri daripada 50 rekrut TDDB, 07 rekrut TLDB dan 03 rekrut TUDB yang akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan. Latihan ini akan dijangka berakhir pada sekitar pertengahan bulan Disember 2022.