
Pengerusi bagi Majli Konvokesyen tersebut adalah Yang Mulia Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Penolong Pengarah PPB. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB, Ketua Cawangan CLM SPT IL ABDB, Pen Ket Jurulatih IL ABDB, Ibubapa dan Para Jemputan.
Seramai Tujuh (07) orang ahli kursus daripada PPB telah berjaya mengikuti Kursus Pemandu Jentera Berat ABDB-PPB 2022. Kursus ini dikendalikan selama Empat (04) minggu bermula daripada 27 Januari 2022 hingga 24 Februari 2022. Kursus ini akan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.


