
Kursus tersebut telah dilaksanakan bermula pada hari Isnin, 25 Julai 2022 hingga hari Rabu, 27 Julai 2022 dan ianya telah dijalankan dengan bantuan tenaga pengajar, Yang Mulia PW1 (B) Pengiran Ali bin Pengiran Haji Metassan, Jurutera Kanan, Unit Inspekorat ABDB.
Seramai 48 anggota unit-unit ABDB dan Pasukan Simpanan Gurkha telah menghadiri kursus tersebut yang bertujuan untuk memberi kesedaran hal ehwal KKK agar boleh mengurangkan risiko terjadinya kemalangan, kecederaan dan bahaya di tempat kerja.

