98.jpgPenanjong Garison, Khamis, 14 Julai 2022
– Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison sempena meraikan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-76 tahun.

Hadir selaku Pegawai Terkanan Majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir adalah Pegawai-pegawai kanan, Pegawai-pegawai serta PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah Penanjong Garison.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Mulk Ayat 1 hingga 11 yang dibaca oleh Staf Sarjan Mohamad Sumardy bin Sulaiman Jurulatih daripada Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan kemudiannya diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, membaca Surah Yassin, Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah. 

Majlis Doa Kesyukuran diadakan di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara sebagai tanda kasih dan memohon kehadrat Allah
Subhanahu Waa’ala bagi kesejahteraan, kesihatan dan lanjut usia KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

DOA KESYUKURAN CEREMONY TO COMMEMORATE HIS MAJESTY THE SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM’S 76TH BIRTHDAY

Penanjong Garison, Thursday, 14 July 2022 – Penanjong Garrison held a
Doa Kesyukuran ceremony at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison, in conjunction with the 76th birthday celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam,

Present was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi Bin Pengiran Othman, Commandant Training Institute, Royal Brunei Armed Forces. Also present were Senior Officers, Officers and Other Ranks of Penanjong Garrison.

The ceremony began with a recitation of Surah Al-Mulk from verse Ayat 1 until 11 by Staff Sergeant Mohamad Sumardy bin Sulaiman, Instructor from School of Military Trades, Training Institute, Royal Brunei Armed Forces, followed by a Maghrib prayer, recital of Surah Yaasin,
Doa Kesyukuran and concluded with the Isya’ prayer.

The Doa Kesyukuran ceremony was held in all mosques and
suraus across the country to show love and pray for well-being, health and longevity of His Majesty, the Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

99.jpg

100.jpg