47.jpgTutong, Khamis, 02 Jun 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari ini mengadakan Aktiviti Amal Membersihkan Masjid Kampong Penabai, Kuala Tutong iaitu sebagai salah satu aktiviti jangkauan masyarakat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun IL ABDB yang ke-53. Turut serta dalam Aktiviti Amal tersebut ialah gabungan daripada warga IL ABDB dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Penabai, Kuala Tutong.

Kempen membersihkan masjid ini dilaksanakan secara bergotong royong dan dalam suasana perpaduan yang merangkumi sekitar kawasan luar dan dalam masjid, diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Timbalan Komandan IL ABDB dan Imam Masjid. Projek Amal seumpama ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan IL ABDB.

Sebelum mengakhiri, Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Timbalan Komandan IL ABDB telah menyampaikan derma dan sumbangan bagi pihak warga IL ABDB bagi keperluan masjid kepada Imam Masjid, Muhammad Syuwari bin Ilham.

COMMUNITY PROJECT, CLEANING CAMPAIGN AT THE KAMPONG PENABAI MOSQUE, KUALA TUTONG

TUTONG, Thursday, 02 Jun 2022 – Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) conducted a cleaning campaign at the Kampong Penabai Mosque, Kuala Tutong, as part of TI RBAF’s initiatives for community outreach projects, in conjunction with its 53rd Anniversary Celebration. Present at the event were TI RBAF’s personnel as well as committee members of the Kampong Penabai Mosque, Kuala Tutong.

The cleaning campaign was conducted with teamwork and unity, led by Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli and Imam, covering the outer and inner perimeters of the mosque. Such community outreach program is one of the annual activities conducted by TI RBAF.

Before concluding, Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Deputy Commandant, on behalf of TI RBAF, handed over donations and contributions to the mosque, which was represented by Imam Muhammad Syuwari bin Ilham.

48.jpg