
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dipimpin oleh Yang Mulia 18973 Laskar Kanan Abd Azim bin Ahmad Fadzillah daripada Kompeni Rekrut IL ABDB diikuti dengan solat fardhu Zuhur berjemaah.
Majlis seterusnya diisikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Haji Reduan bin Pengiran Haji Badaruddin, Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Da’wah daripada Pusat Da’wah Islamiah bertajuk ‘Bertemankan Al-Quran Sepanjang Zaman’. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi Bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB diikuti dengan laungan Selawat Tafrijiyyah, Selawat Ibrahimiyah dan Selawat Ummiyyi beramai-ramai, dan diakhiri dengan doa penutup majlis.

