PENANJONG GARISON, Jumaat, 15 April 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaasin Dan Tahlil serta penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim bekas anggota IL ABDB sempena Hari Ulang Tahun IL ABDB ke-53 bertempat di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil untuk ibu bapa anak-anak yatim dan anggota IL ABDB yang telah kembali ke Rahmatullah khususnya bagi Allahyarham 15736 Sarjan Muhammad Shah Rezza bin Muhammad Adam, Allahyarhamah Nauyah binti Datu Ratna Haji Sukor, Allahyarhamah Pengiran Norazain binti Pengiran Haji Suleiman dan Allahyarham 18205 Rekrut Tarizan bin Tinggal. Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil tersebut telah diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Hj Ahmad, Pegawai Ugama IL ABDB.
Majlis disusuli dengan penyampaian derma yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai IL ABDB, Sarjan Mejar Rejimen (SMR) IL ABDB, Sarjan Mejar Kawad (SMK) IL ABDB, PTB Kanan dan PTB Rendah IL ABDB.
Majlis tersebut adalah bertujuan bagi mengelinga kebajikan anak-anak-yatim bekas anggota IL ABDB dan mengenang jasa bakti yang telah mereka curahkan selama berkhidmat di dalam IL ABDB. Pada masa yang sama juga, penyampaian derma tersebut bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim semasa bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri di samping menyemarakkan bulan Ramadan Al-Mubarak dengan membuat ibadah amal jariah.




RECITATION OF SURAH YAASIN, TAHLIL AND HANDING OVER OF DONATION TO ORPHANS IN CONJUNCTION WITH THE 53RD ANNIVERSARY OF TRAINING INSTITUTE, ROYAL BRUNEI ARMED FORCES
PENANJONG GARRISON, Friday, 15 April 2022 – Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) held a recitation of Surah Yaasin, Tahlil and handing over of donation to the orphans of the late TI RBAF personnel in conjunction with the 53rd Anniversary of TI RBAF. The ceremony was held at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Yaasin and Tahlil for the deceased parents of the orphans as well as TI RBAF personnel particularly for Allahyarham 15736 Sergeant Muhammad Shah Rezza bin Muhammad Adam, Allahyarhamah Nauyah binti Datu Ratna Haji Sukor, Allahyarhamah Pengiran Norazain binti Pengiran Haji Suleiman and Allahyarham 18205 Recruit Tarizan bin Tinggal. The recitation of Surah Yaasin and Tahlil was led by Yang Mulia Lieutenant Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Hj Ahmad, TI RBAF Religious Officer.
The ceremony continued with the presentation of donations by the guest of honor, Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of TI RBAF. Also present at the ceremony were TI RBAF Officers, TI RBAF Regiment Sergeant Major (RSM), TI RBAF Drill Sergeant Major (DSM) and TI RBAF senior and junior ranks.
The donation is one of the initiatives by the TI RBAF to look after the welfare of orphans of deceased TI RBAF personnel and in remembrance of their invaluable service to the RBAF. It is also aimed to alleviate the burden of the orphans in celebrating Ramadan and the upcoming Hari Raya Aidilfitri in addition to enliven the month of Ramadan Al-Mubarak by performing ibadah amal jariah.
