PENANJONG GARISON, Jumaat, 15 April 2022 – Majlis Penutupan Rasmi Kursus Pegawai Kewangan dan Kursus Audit Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Sesi 2021 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini dihadiri oleh 04 anggota Pegawai ABDB yang bermula pada 25 Mac 2022 hingga 15 April 2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB).

Majis penutupan Kursus ini telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel (Udara) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah, SPT IL ABDB, selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir adalah Timbalan Pegawai Turus Kewangan (Pusat Latihan), Ketua-Ketua Cawangan SPT IL ABDB dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Latihan Kewangan, serta Pegawai-pegawai jemputan daripada Ketua-ketua jabatan peserta-peserta kursus dan para jemputan khas. Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Penyampaian Taklimat Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Pegawai Kewangan ABDB Sesi 2021 telah disandang oleh 1391 Leftenan Muhammad Syafiq Adli bin Haji Ja’afar. Bagi Kursus Audit Akaun Perkhidmatan ABDB Sesi 2021, Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 1391 Leftenan Muhammad Syafiq Adli bin Haji Ja’afar  dan Penyampaian Taklimat Berpasukan Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh 1391 Leftenan Muhammad Syafiq Adli bin Haji Ja’afar dan 1435 Leftenan Abdul Izz Muqri bin Isa.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Al-Isra’, “Ayat 25-28” yang dibacakan oleh salah seorang peserta kursus, 1391 Leftenan Muhammad Syafiq Adli bin Haji Ja’afar daripada Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei. Majlis kemudian diteruskan dengan ulasan kursus daripada Timbalan Pegawai Turus Kewangan (Pusat Latihan), Mejar Roziahani binti Mohd Jaya  dan diikuti oleh penyampaian sijil kursus dan penuntut terbaik serta ucapan dan Penutupan Rasmi Kursus oleh Tetamu Kehormat Majlis. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai. 
Tahun ini, kedua-dua kursus tersebut digabungkan dan dijalankan selama 04 minggu secara keseluruhannya yang mana Kursus Pegawai Kewangan ABDB ini bertujuan untuk peserta kursus menjawat sebagai Pegawai Kewangan dan Pegawai Audit Dalaman di ABDB serta untuk memimpin dan mentadbir Pejabat gaji dan Pejabat Kewangan dan mendalami pengetahuan mengenai risalah-risalah dan dokumen-dokumen gaji perseorangan ABDB khususnya sebagai penasihat kepada Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera. Manakala, Kursus Audit Akaun Perkhidmatan ABDB ini pula menjurus kepada pengetahuan tugas dan tanggungjawab juruaudit yang bertanggungjawab di dalam pengauditan akaun-akaun perkhidmatan di ABDB. 




AKTIVITI-AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BERLAJAR PESERTA KURSUS

Mess Pegawai Tentera Laut Diraja Brunei

Pejabat Perundangan Tentera Pejabat Urusetia Pemerintah ABDB 

Pejabat Tenaga dan Rekod Jabatanarah Kenggotaan KEMENTAH

Pejabat Kewangan Jabatanarah Kenggotaan KEMENTAH
 
Pejabat Juruaudit Agung, Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam