
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah 780 Mejar Roziahani binti Mohd Jaya, Timbalan Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB. Turut hadir di Majlis Penutup berkenaan adalah 1330 Leftenan Norardillah binti Abdul Kadir, Ketua Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB dan para jurulatih Cawangan Latihan Kerani.
Kursus ini telah dilaksanakan selama 06 minggu bermula dari hari Jumaat, 25 Februari 2022 hingga hari Jumaat, 08 April 2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB yang dihadiri seramai 14 anggota terdiri daripada 02 anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, 11 anggota dari Kementerian Pertahanan dan 01 anggota dari Institut Latihan ABDB.
Seramai 3 penuntut telah terpilih sebagai penuntut terbaik dalam kategori masing-masing. Penuntut Terbaik Akedemik disandang oleh 51462 Sld Rosydi bin Roslan daripada unit G1, Markas Tentera Darat Diraja Brunei. Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 51154 Sld Md Danial bin Haji Abd Rahim daripada unit Pejabat Latihan, Markas Tentera Darat Diraja Brunei. Penuntut Terbaik Bahagian Menaip disandang oleh 21906 Sld Amni Suhailah@Nur Aqilah binti Abdullah daripada unit Markas Angkatan Bersama, Kementerian Pertahanan.
Majlis seterusnya diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat Majlis.