PENANJONG GARISON, Selasa, 29 Mac 2022 - Majlis Serah dan Terima Tugas Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLK, SPT IL ABDB) di antara Kapten Majiidah binti Hj Sidek dan Leftenan Norardillah binti Abdul Kadir telah sempurna dijalankan pada petang itu. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Lt Kol (U) Pg Muhammad Farisan bin Pg Haji Metassan, Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB. Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pemerintah, Ketua-ketua Cawangan dan PTB-PTB Kanan SPT IL ABDB. Majlis dipengerusikan oleh PW2 Hajah Norhati binti Haji Brahim, Pegawai Waran Latihan, CLK, SPT IL ABDB.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan daripada Mantan Ketua Cawangan. Majlis diteruskan dengan upacara menandatangani Serah Terima Tugas di antara Mantan Ketua Cawangan dan Ketua Cawangan yang baru bagi menandakan penyerahan tugas secara rasmi.
Selesai upacara menandatangani, majlis diikuti dengan ucapan perasmian selaku Ketua Cawangan, CLK, SPT IL ABDB yang baru daripada Leftenan Norardillah binti Abdul Kadir.
Majlis diikuti dengan penyampaian cenderahati dari Tetamu Kehormat Majlis kepada Mantan Ketua Cawangan, CLK, SPT IL ABDB dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.


