
The event began with the recitation of Sayyidul Istighfar led by Sjn Mohammad Hadhri bin Ismail, the Imam of Surau Al-Hikmah, RBAF Religious Department and the recitation of Tadarus Al-Quran along with its translation led by PW2 Sofian bin Haji Ali, from the Support Batallion RBLF. The event continued with a Special Talk delivered by BK Johary bin haji Md Salleh @ Hj Roslan from the RBAF Religious Department entitled: “Sembahyangku Kerana Allah” and the presentation of souvenirs. The event concluded recitation of Doa Peliharakan Negara dan Sultan and recitation of Selawat, Surah Al-Asr and Tasbih Kaffarah.



SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 1443H TDDB
PENANJONG GARISON, Jumaat 04 Mac 2022 – Majlis Ceramah Khas sempena Sambutan Isra’ Mikraj 1443 Hijrah telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Perkhemahan Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan ABDB. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota TDDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar diketuai oleh Yang Mulia Sjn Mohammad Hadhri bin Ismail, Imam Surau Al-Hikmah, Jabatan Agama ABDB. dan bacaan Tadarus Al-Quran berserta terjemahannya yang diketuai oleh Yang Mulia PW2 Sofian bin Haji Ali, dari Batalion Bantu TDDB.
Majlis diteruskan dengan Ceramah Khas yang disampaikan oleh Yang Mulia BK Johary bin haji Md Salleh @ Hj Roslan dari Jabatan Agama ABDB yang bertajuk: “Sembahyangku Kerana Allah” dan seterusnya penyampaian cenderahati. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Negara dan Sultan dan diikuti dengan bacaan Selawat, Surah Al-Asr serta Tasbih Kaffarah.