Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS MORNING COFFEE KELAB KOPERAL INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BERSAMA YANG MULIA KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
photo_2021-01-11_20-20-46.jpg
PENANJONG GARISON, Isnin, 11 Januari 2021 – Kelab Koperal Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) buat julung kalinya telah mengungkayahkan majlis Morning Coffee bertempat di Dewan Nikmat, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB.

Turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut ialah Timbalan Komandan IL ABDB, Pegawai-pegawai jemputan, Sarjan Mejar Rejimen IL ABDB, Pemangku Sarjan Mejar Kawad IL ABDB dan Sarjan Mejar Garison Penanjong Garison. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada 17154 Kpl Yusri bin Razali selaku Pengerusi Kelab Koperal IL ABDB dan seterusnya ucapan dari Tetamu Kehormat. 

Yang Mulia Komandan IL ABDB, dalam ucapannya mengingatkan agar semua anggota sentiasa ingat mengingati akan perkara-perkara yang menjurus ke arah kebaikan dan menjauhi segala larangan terutama sekali yang melibatkan penyalahgunaan dadah yang boleh menjejaskan kerjaya. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa sebagai pemimpin, semua anggota Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah) perlu menanai tanggungjawab dan melaksanakan arahan dan paling penting ialah menjalankan amanah dari Allah yang mana salah satunya adalah menjaga Solat Fardhu 5 waktu.

Majlis ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim diantara semua anggota khususnya PTB-PTB Rendah IL ABDB. Majlis kemudian diakhiri dengan bacaan doa penutup dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai.

kplclub2.jpg
kplclub4.jpg
kplclub5.jpg
photo_2021-01-11_20-20-13.jpg