Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PERMULAAN FASA HOLDING BAGI BAKAL REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-167

holding1671.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat 08 Januari 2021 – Seramai 270 bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-167 telah melapor di Padang Kawad Institut Latihan ABDB untuk menjalani Fasa Holding selama seminggu bermula 08 hingga 15 Januari 2021.

Serah Terima bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-167 seramai 270 anggota telah pun dilaksanakan oleh 14859 Sjn Mahadi bin Hj Osli, wakil dari Pejabat Pengambilan ABDB kepada 1225 Lt Muhd Zulfadli Hayat bin Shamsul Hayat, Ketua Pengambilan Rekrut Lelaki ke-167. Fasa Holding merupakan fasa pengenalan kepada bakal-bakal rekrut dengan memberikan pendedahan awal latihan asas ketenteraan serta tatacara dan peraturan-peraturan semasa menjalani latihan sebelum mengikuti fasa latihan penuh sebagai anggota rekrut.

Bakal-bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-167 dijangka akan menandatangani BAF 122 di penghujung Fasa Holding yang akan diadakan selama tiga hari bermula hari Rabu, 13 Januari 2021 hingga Jumaat, 15 Januari 2021.

holding1672.jpeg

holding1673.jpeg