Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PERLAWANAN MENEMBAK DIANTARA PEGAWAI-PEGAWAI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

funsh2.jpgPENANJONG GARISON, Khamis, 07 Januari 2021 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Perlawanan Menembak diantara Pegawai-Pegawai IL ABDB bertempat di Padang Tembak 30 meter, Penanjong Garison. 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi perlawanan tersebut ialah Komandan IL ABDB, Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan taklimat keselamatan. 

Sebanyak lima pasukan terdiri dari Pegawai-Pegawai telah menyertai perlawanan tersebut dengan menggunakan senjata Pistol Carbine. Juara bagi perlawanan tersebut ialah pasukan yang diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan IL ABDB. Perlawanan tersebut diadakan bertujuan bagi mengeratkan setia kawan serta silatulrahim diantara Pegawai-Pegawai IL ABDB.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang perlawanan menembak dan juga penyampaian hadiah perkahwinan bagi Pegawai-Pegawai IL ABDB termasuk Pegawai-Pegawai Pelajaran Pusat Evolusi IL ABDB yang diadakan di Mes Pegawai Penanjong Garison. Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai.

funsh4.jpg
funsh5.jpg
funsh1.jpg
funsh3.jpg