Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG DANA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

cetom1.jpgPENANJONG GARISON, Selasa, 05 Januari 2021 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Dana ABDB bertempat di Pusat Evolusi, IL ABDB. 

Sumbangan Tabung Dana ABDB telah disampaikan oleh Komandan IL ABDB, Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud kepada 21189 PW2 Normasliana binti Hj Munap mangsa kebakaran banglo PTB Kanan pada 02 Ogos 2020 yang lalu. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan. 

Sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban anggota dan keluarga tersebut. Ia merupakan tanda pemedulian dan keprihatinan serta komitmen terhadap kebajikan anggota-anggota ABDB yang memerlukan bantuan. Dengan adanya sumbangan ini ia akan dapat memberikan semangat dan pendorong di dalam membentuk masyarakat harmoni dan melahirkan modal insan yang sempurna.

cetom2.jpg