Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM IL ABDB BAGI PERSIAPAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2021

photo_2021-01-01_12-25-52.jpgPenanjong Garison, Khamis, 31 Disember 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Derma kepada Anak-anak yatim IL ABDB. Majlis tersebut diadakan di Bilik Muzakarah Markas IL ABDB, Penanjong Garison.

Penyerahan derma tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan selaku Pemangku Komandan IL ABDB kepada semua penerima. Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai IL ABDB, Pemangku Sarjan Mejar Rejimen (SMR) IL ABDB, Pemangku Sarjan Mejar Kawad (SMK) IL ABDB dan PTB Kanan IL ABDB.

Derma tersebut diberikan bertujuan bagi meringankan beban ahli keluarga Anak-anak yatim berkenaan terutama sekali perbelanjaaan persekolahan tahun 2021. Disamping itu, pemberian derma tersebut adalah inisiatif oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi menjaga kebajikan Anak-anak yatim bekas anggota ABDB dan mengenang jasa bakti yang telah mereka curahkan semasa berkhidmat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan jamuan. 

dermaankytm2.jpg
dermaankytm3.jpg