Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SESI TAKLIMAT KEPADA IBU-BAPA DAN PENJAGA BAGI BAKAL REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-167

taklimat1673.jpgPENANJONG GARISON, RABU, 23 Disember 2020 – Sesi taklimat kepada ibu-bapa dan penjaga bakal Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-167 telah diadakan bertempat di Dewan Nikmat, Penanjong Garison. Sesi berkenaan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu sesi pagi dan petang pada hari Selasa 22 Disember 2020 dan hari Rabu 23 Disember 2020. 

Taklimat disampaikan kepada para ibu-bapa dan penjaga Bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-167 oleh 804 Mejar Khairul Azme bin Haji Mohidin, Pegawai Memerintah Kompeni Rekrut, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan 1225 Lt Md Zulfadli Hayat bin Shamsul Hayat, Ketua Pengambilan, Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-167.

Matlamat sesi taklimat tersebut diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang latihan intensif dan larangan-larangan semasa latihan dijalankan. Sesi tersebut juga bertujuan bagi memberikan panduan untuk persiapan yang perlu disediakan oleh bakal-bakal rekrut. Pegawai Memerintah Kompeni Rekrut Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selaku wakil Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga telah berkesempatan memberikan ucapan syabas dan tahniah kepada para ibu-bapa dan penjaga bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-167 yang terpilih menjalani latihan rekrut. 

taklimat1671.jpg
taklimat1672.jpg
taklimat1674.jpg

More Headlines

Exception from HRESULT: 0x80131904

Correlation ID:3015a39f-bde1-e0d7-3cc7-17d8e264147c