Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS KETUA KOMPENI SIRI 6/2020

ketkom1.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat 27 November 2020 – Majlis Penutup Kursus Ketua Kompeni Siri 6/2020 telah dilaksanakan di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Kursus tersebut telah dijalankan selama sembilan minggu di Sekolah Infantri IL ABDB yang mana ianya telah bermula pada 02 Oktober 2020 dan berakhir pada 27 November 2020.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB. Turut hadir ialah Timbalan Komandan IL ABDB, Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri IL ABDB, Pegawai-pegawai Kanan jemputan khas, Pegawai – pegawai dan Pegawai-pegawai Juruarah IL ABDB. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Yang Mulia PW1 (U) Haji Mohamad Suni bin Haji Mahmud dan diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada Pegawai Juruarah 1 yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Muhd Shahrimmy bin Karim. 

Kursus tersebut telah dihadiri oleh enam orang Pegawai-pegawai ABDB yang terdiri daripada dua pegawai daripada Batalion Pertama TDDB, seorang pegawai daripada Batalion Ketiga TDDB, seorang Pegawai daripada Batalion Bantu TDDB, seorang pegawai daripada Rejimen Pasukan Khas dan seorang pegawai daripada Cwgn Sekuriti Pertahanan ABDB. 

Melalui kursus ini, peserta kursus telah dipersiapkan bagi pemahaman didalam kemahiran Individual Military Appreciation Process (IMAP) dan mengenal pasti proses perancangan untuk mengisi peranan utama yang sepadan. Anugerah penuntut terbaik amali dan keseluruhan bagi kursus tersebut disandang oleh Yang Mulia Mejar Pg Abdul Rahim bin Pg Haji Yakup, dan Penuntut Terbaik Teori disandang oleh Yang Mulia Mejar Mohd Hafizan bin Moksin.

Tetamu Kehormat Majlis mengucapkan tahniah kepada semua peserta kursus atas kerja keras dan dedikasi mereka semasa kursus-kursus tersebut dijalankan. Disamping itu juga, beliau juga menekankan beberapa perkara utama seperti menjaga disiplin masing-masing, menjadi pemimpin berwibawa untuk menegakkan kebenaran, menjaga kebajikan anggota yang dipimpin serta keluarga, dan terutama sekali,  menerapkan sifat pembelajaran sepanjang hayat. Melalui kursus ini adalah diharap agar semua anggota mempunyai kemahiran yang dinamik dan berfikiran di luar kotak serta mempunyai dorongan yang tinggi ke arah pembentukan anggota ABDB yang berdaya saing. Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat dan seterusnya sesi bergambar ramai.

ketkom2.jpg
ketkom3.jpg
CLOSING CEREMONY FOR COMPANY COMMANDER COURSE 06/2020

PENANJONG GARRISON, Friday, 27 November 2020 – The closing ceremony for the Company Commander Course 06/2020 was held at the Officers Mess, Penanjong Garrison. The nine weeks course has started from 02 October 2020 until 27 November 2020 at the School of Infantry, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commandant of the TI RBAF. Also present during the event were Deputy Commandant TI RBAF, Commanding Officer School of Infantry TI RBAF, Senior Guest Officers, Officers, and Directing Staff Officers of TI RBAF.

]The event begins with the recital of Surah Al-Fatihah headed by Yang Mulia WO1 (U) Haji Mohamad Suni bin Haji Mahmud and, followed with a review of the course participant achievement presented by Yang Mulia Major Muhd Shahrimmy bin Karim the Directing Staff 1.

The course attended by six officers from the RBAF that consists of two officers from First Battalion Royal Brunei Land Force (RBLF), one officer from Third Battalion RBLF, one officer from Support Battalion RBLF, one officer from Special Force Regiment, and one officer from Defence Security Branch RBAF. Throughout the course, the course participants have been prepared with the understanding of Individual Military Appreciation Process (IMAP) and identified the planning process to fill the corresponding vital roles. Best overall student and the practical award for the course awarded to Yang Mulia Major Pg Abdul Rahim bin Pg Haji Yakup, and best student in theory awarded to Yang Mulia Major Mohd Hafizan bin Moksin. 

The Guest of Honour congratulated all courses participants for their hard work and dedication during the course. Besides, the Guest of Honour emphasised the key aspects such as maintaining their discipline, the authority to uphold the truth, caring for the well-being of their members and families, and in particular, the application of Long-Life Learning. Through this course, it is hoped that all participants will have dynamic and thought-provoking skills outside the box and will have a strong impetus towards the formation of competitive members of the RBAF. The ceremony concluded with the recitation of Doa Selamat and photo session.