Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SESI PERJUMPAAN PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BERSAMA REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE 166

PEMERINTAHWREC20.jpg

PENANJONG GARISON, ISNIN 16 NOVEMBER 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan sesi perjumpaan Yang Mulia Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bersama Rekrut Lelaki Pengambilan ke 166 bertempat di Dewan Nikmat Penanjong Garison.

Sesi perjumpaan tersebut bertujuan untuk memberikan nasihat dan bermuzakarah bersama rekrut-rekut yang akan menamatkan latihan asas ketenteraan pada hari Jumaat, 20 November 2020.

Sesi perjumpaan Yang Mulia Pemerintah didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh anggota JA’MAAT Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Pemerintah ABDB telah menyentuh beberapa perkara, pertama ialah penanakan disiplin dan imej sebagai seorang tentera setelah menamatkan latihan rekrut ini adalah seperti menjaga tingkah laku dan menghindarkan dari dari terlibat dari melakukan kesalahan tentera dan awam.
 
Pemerintah ABDB menitikberatkan anggota lepasan rekrut untuk meletakan pegangan ugama yang paling teratas dalam kehidupan harian, ini adalah seperti tidak meninggalkan Solat Fardhu lima waktu, menanamkan niat ikhlas bertugas kerana Allah Subhanahu Wataala dan mengamalkan zikir sebagai amalan harian. 

Pemerintah ABDB juga mengingatkan anggota lepasan rekrut nanti untuk mengekalkan tahap kecergasan jasmani yang baik bukan saja demi menjaga kesihatan diri namun juga menjaga imej dan penampilan sebagai seorang tentera. Tambahan Pemerintah ABDB lagi, lepasan rekrut nanti harus kuat menghadapi cabaran- cabaran dalam menghadapi kehidupan seharian mahupun semasa menjalankan tugas atau kehidupan berumah tangga namun Yang Mulia menasihatkan agar sentiasa berpegang kepada ugama bagi mengharungi cabaran-cabaran tersebut. 

Pemerintah ABDB juga menyentuh lepasan rekrut nanti agar tidak salah guna pengunaan teknologi seperti membuat dan menyebarkan berita palsu, penyebaran maklumat yang belum sahih akan kebenaranya di media sosial, ini disebabkan perkara yang sedemikian boleh menimbulkan fitnah dan membuka aib sesorang yang mana perkara tersebut adalah dilarang dalam Islam. Akhir sekali, Pemerintah ABDB juga menekankan kepada lepasan anggota rekrut nanti untuk sentiasa menjaga tanggungjawab kepada ibu bapa, isteri dan anak- anak dan ahli keluarga, isteri disamping menjalankan tugas sebagai seorang tentera. 

Sebelum sesi perjumpaan berakhir, sesi soal jawab dibukakan kepada rekrut bagi mengemukakan pandangan dan hal- hal berbangkit dan sesi diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.


PEMERINTAHWREC20.jpg
PPEMERINTAHWREC202.jpg
PEMERINTAHWREC203.jpg