Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS LOGISTIK SIRI 2/2020

​PENANJONG GARISON, JUMAAT, 09 OKTOBER 2020 - Majlis Penutup kursus bagi Kursus Asas Logistik Siri 2/2020 telah lancar dan sempurna dilaksanakan bertempat di Bilik QM LAB 1, Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Leftenan Shazwani binti Ali selaku Pegawai Latihan Logistik, Cawangan Latihan Logistiik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Pegawai, Regimental Quatermaster Sergeant (RQMS) unit, Jurulatih-jurulatih Kanan, Jurulatih-jurulatih dan Jurulatih Bantuan Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Kursus Asas Logistik Siri 2/2020 telah dihadiri oleh 41 anggota terdiri daripada 29 anggota daripada Tentera Darat Diraja Brunei, 03 anggota daripada Tentera Laut Diraja Brunei, 03 anggota daripada Tentera Udara Diraja Brunei, 02 anggota daripada Rejimen Pasukan Khas, 01 anggota daripada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei  dan 03 anggota daripada Kementerian Pertahanan yang mana kursus ini berjalan selama 05 minggu bermula daripada 07 September 2020 sehingga 09 Oktober 2020. Ianya adalah salah satu kursus kerjaya yang mandatory (dimestikan) bagi setiap anggota yang berjawatan Logistik mahupun Kuartermaster bagi melayakkan kenaikan pangkat mengikut Struktur Perkembangan Kerjaya (SPK) Am.

Melalui kursus ini, peserta kursus ini dibentuk untuk mempertingkatkan pengetahuan serta kefahaman yang perlu ada bagi setiap anggota yang diamanatkan untuk mengawal atau menjaga stor di mana jua unit Angkatan Tentera ataupun agensi pertahanan yang lain. Dalam kursus ini juga, peserta kursus telah didedahkan berkenaan dengan perakaunan dan borang-borang yang digunakan didalam Kuartermaster dan juga Logistik. Apa yang diharapkan, para peserta kursus ini supaya akan dapat melaksanakan tanggungjawab yang tinggi dengan memahami undang-undang keselamatan yang sedia ada.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil peserta Kursus Asas Logistik Siri 2/2020 dan seterusnya Tetamu Kehormat Majlis berkesudian untuk menyampaikan sijil serta menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus di atas usaha dan dedikasi di sepanjang kursus ini dijalankan diikuti dengan penyampaian sijil Penuntut Terbaik Keseluruhan yang disandang oleh 19283 LKpl Mohd Waftri Nahfis bin Jafri daripada Batalion Ke Dua, Tentera Darat Diraja Brunei. Majlis diakhiri dengan penutupan resmi kursus yang disempurnakan olah Tetamu Kehormat Majlis dan diakhiri dengan bacaan doa penutup serta sesi bergambar ramai.