Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS KETUA KOMPENI SIRI 6/2020

PENANJONG GARISON, Jumaat, 02 Oktober 2020 – Majlis Pembukaan Kursus Ketua Kompeni Siri 6/2020 telah dilaksanakan di Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada hari Jumaat, 02 Oktober 2020.Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis tersebut adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Kursus Ketua Kompeni akan dikendalikan selama 9 minggu iaitu bermula pada 28 September 2020 hingga 27 November 2020. Seramai 6 pegawai-pegawai berpangkat Mejar terdiri dari Tentera Darat Diraja Brunei dan Kementerian Pertahanan akan menjalani kursus tersebut.

Kursus ini bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan taktik serta melahirkan pegawai-pegawai yang kompeten dan beryakinan tinggi dalam membuat keputusan yang tegas disamping melatih 'judgmental exercise' sebagai ketua di dalam menilai keadaan untuk melaksanakan tugas operasi yang diperlukan. Kursus ini juga akan mempraktikan kawalan dan perintah serta berkeyakinan dalam perlaksanaan misi di dalam semua spektrum operasi.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Mejar Pg Hj Abdul Malik bin Pg Dato Paduka Hj Azmansham, salah seorang daripada penuntut kursus dan diikuti dengan bacaan ayat daripada Surah At-Tawbah. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan dari Tetamu Kehormat. 

Seterusnya, bagi memberkati majlis, doa selamat telah dibacakan dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai. 





OPENING CEREMONY FOR COMPANY COMMANDER COURSE 6/2020 

PENANJONG GARRISON, Friday, 02 October 2020 – Opening Ceremony for Company Commander Course 6/2020 was held at the School of Infantry Training Institute Royal Brunei Armed Forces on Friday, 02 October 2020. The ceremony guest of honour presented was Lieutenant Colonel Aldi bin Hj Hassan, Deputy Commandant Training Institute Royal Brunei Armed Forces. 

The Company Commander Course will be held for 9 weeks, starting from 28 September 2020 until 27 November 2020. Total of 6 Major rank officers consisted from the Royal Brunei Land Force and Ministry of Defence will be joining the course. 

The aim of the course is to improve tactical knowledge while developing competent officers and confident in decision making in practicing judgmental exercise as a leader in assessing situation in order to execute operational task when required. This course will also practice command and control with confidence in executing within all operational spectrums. 

The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah by Major Pg Hj Abdul Malik bin Pg Dato Paduka Hj Azmansham, followed by reading verses from the Surah At-Tawbah.The ceremony followed by the speech from the guest of honour. 

The ceremony was concluded with a blessing recital and ended with a group photo session.