Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON – Khamis, 01 Oktober 2020 – Upacara Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah berlangsung di Dewan Nikmat Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison antara Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman dan Komandan Institut Latihan ABDB yang baru, Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahidi bin Haji Ahmad Daud.

Sebagai Komandan Institut Latihan ABDB ke-23, Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee telah menyampaikan ucapanya dimana beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Institut Latihan ABDB atas kerjasama, pengorbanan dan dedikasi yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau. 

Beliau juga mengingatkan kepada semua yang hadir agar sentiasa menjaga keperibadian yang baik, berlaku taat dan bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang diberikan, berdisiplin serta berpegang kepada Nilai-nilai Asas ketenteraan dan sentiasa memperingati Allah Subhanahu wa Ta’ala. 

Bagi menandakan penerimaan Jawatan Komandan Institut Latihan ABDB yang baharu, Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahidi bin Haji Ahmad Daud kemudian menyampaikan ucapan perdana beliau sebagai Komandan Institut Latihan ABDB yang ke-24. Antara perkara yang disampaikan yang perlu diserapkan dalam setiap warga lapisan Institut Latihan ABDB adalah mengenai Maqasid As-Syariah. Beliau menyeru agar seluruh warga Institut Latihan ABDB senantiasa berpegang kepada 5 perkara yang terkandung Maqasid As-Syariah iaitu, menjaga ugama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta.
 
Majlis diteruskan dengan Upacara Menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Jawatan Komandan Institut Latihan ABDB. Diikuti dengan doa selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Muhd Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.