Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PROJEK TITIAN AMAL KEMASYARAKATAN BAGI MES PEGAWAI WARAN, STAF SARJAN DAN SARJAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI DI PUSAT EHSAN AL-AMEERAH AL-HAJJAH MARYAM KUALA BELAIT

titian amal5.jpgKUALA BELAIT, Hari Rabu, 23 September 2020,  Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan Dan Sarjan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan aktiviti amal iaitu Projek Titian Amal Kemasyarakatan dikelola oleh PTB-PTB Kanan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bersama ahli-ahli Pusat Ehsan. Aktiviti amal tersebut telah berlangsung di Pusat Ehsan Al Ameerah Al Hajjah Maryam, Kuala Belait.   

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB dan turut menyaksikan bagi Majlis tersebut Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar Rejimen, Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan Institut Latihan ABDB.

Aktiviti dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh SSjn Abdul Hafiz daripada Ahli Jawatankuasa Keugamaan. Seramai 26 anggota PTB-PTB Kanan IL ABDB telah menghadiri dan seterusnya membuat aktiviti amal dengan membuat kempen kebersihan seperti memotong rumput, menebang pokok dan membersihkan kawasan di sekitar Pusat tersebut. Aktiviti diteruskan dengan sesi interaksi bersama ahli-ahli Pusat Ehsan dan diteruskan dengan pemberian cenderahati kenangan-kenangan.

Aktiviti diakhiri dengan sesi bergambar ramai yang terdiri daripada Komandan, Pegawai- Pegawai Jemputan, SMR IL ABDB, PTB Kanan dan ahli-ahli pusat ehsan.




titian amal5.jpg