Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

CLOSING CEREMONY OF THE INTERMEDIATE OFFICERS TACTICS COURSE 2020

PENANJONG GARRISON, Thursday, 24 September 2020 – The closing ceremony for the Intermediate Officers Tactics Course 2020 took place today at the School of Infantry, Training Institute, Royal Brunei Armed Forces. (SOI, TI RBAF). A total of 15 officers from the RBAF participated in the course which took place from 22 June 2020 until 24 August 2020. 

Present as the guest of honour was Colonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Commandant of TI, RBAF. Also present during the ceremony were senior officers from TI RBAF and invited guests. 

The ceremony commenced with the recital of doa followed by a speech from a course representative and the presentation of certificates. The best student award went to Captain Amirul Adini bin Haji Amir Abas. The event continued with a speech from the Commandant of TI RBAF and concluded with the presentation of mementoes and closing doa. 

In his speech, the Commandant emphasised on exercising discipline and integrity at the workplace. He also shared the qualities of a good officer and highlighted how these attributes drive personal self-development for the betterment of the organisation. 

The 9-week course aims to develop prospective Majors with the tactical understanding and familiarity with staff processes to effectively fill key roles equivalent for the rank of Major in combat planning up to the Land Force Headquarters level. It is a mandatory course for the officers of the RBAF and is a pre-requisite for Captain to Major promotion.

MAJLIS PENUTUP KURSUS INTERMEDIATE OFFICERS TACTICS COURSE 2020

PENANJONG GARISON, Khamis, 24 September 2020 – Majlis Penutup Intermediate Officers Tactics Course bagi tahun 2020 telahpun disempurnakan di Sekolah Infantri, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SOI, IL ABDB). Seramai 15 pegawai daripada ABDB telah menghadiri kursus tersebut yang dikendalikan pada 22 Jun 2020 hingga 24 Ogos 2020. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis adalah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan IL ABDB. Turut hadir pada Majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai kanan IL ABDB dan Pegawai-pegawai jemputan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan daripada wakil peserta kursus dan penyampaian sijil. Anugerah Penuntut Terbaik disandang oleh Kapten Amirul Adini bin Haji Amir Abas. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis dan diakhiri dengan penyampaian hadiah dan doa penutup. 

Dalam ucapan beliau, Yang Mulia Komandan IL ABDB menekankan mengenai aspek disiplin dan integriti di tempat kerja. Beliau juga turut mengongsikan kualiti dan ciri-ciri seorang pemimpin yang baik untuk meningkatkan perkembangan diri bagi kemajuan organisasi.

Kursus yang dijalankan selama 9 minggu tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Pegawai-pegawai ABDB mengenai proses dan perancangan pertempuran. Ianya juga adalah kursus mandatori bagi kenaikan pangkat Kapten ke Mejar.