Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ketua JURULATIH INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

serah terima tugas.jpegPENANJONG GARISON, 2 SEPTEMBER 2020, RABU – Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jurulatih Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah berlangsung di Markas IL ABDB diantara Leftenan Kolonel Rudie Asmawi, Ketua Jurulatih IL ABDB dengan Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Ketua Jurulatih IL ABDB yang baru. 

Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh 18147 Sjn Saifulah bin Awg Alipin. Majlis diteruskan dengan Upacara Menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jurulatih IL ABDB. Diikuti dengan bacaan Doa Selamat sebagai menutup tirai majlis pada petang ini. 

Leftenan Kolonel Rudie Asmawi memegang jawatan sebagai Ketua Jurulatih Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mulai dari 11 November 2018 dan seterusnya memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah Battalion Bantu mulai 1 September 2020. Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menghargai segala usaha dan komitmen yang dicurahkan demi menjayakan misi dan visi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei secara amnya dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei khasnya.
serah terima tugas.jpeg