Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN PANGKAT PEGAWAI WARAN & PTB-PTB KANAN IL ABDB

ptb knan.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat 28 Ogos 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan.  Majlis tersebut telah berlangsung di Mess Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB. Turut menyaksikan bagi Majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan Institut Latihan ABDB, Pegawai-Pegawai Institut Latihan ABDB, Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan Institut Latihan ABDB.

Seramai 13 anggota telah dinaikkan pangkat; 03 anggota ke pangkat Pegawai Waran 2 Tetap, 01 anggota ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 2, 5 anggota ke pangkat Staff Sarjan Tetap dan 4 anggota ke pangkat Pemangku Staff Sarjan.

Majlis kenaikan pangkat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh PW1 (U) Mohammad Sunni dari JAMAAT Al-Hikmah Penanjong Garison dan seterusnya penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat.

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar yang terdiri daripada Komandan, Pegawai-Pegawai dan anggota yang diraikan dan seterusnya menikmati jamuan.

Ke pangkat Pegawai Waran 1 Tetap (PW1)
13974 P/PW2 Mardini bin Haji Kassim
14065 P/PW2 Mohamad Azman bin Hj Zainal
21185 P/PW2 Ummi Nazrah binti Hj Chucu

Ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 2 (Pmk PW2)
13751 SSjn Marzan bin Sinjan

Ke pangkat SSjn Tetap
11275 P/SSjn Besar bin Dukong
14218 P/SSjn Hj Shahminan bin Hj Jumahat
14264 P/SSjn Norasizam bin Jahari
15215 P/SSjn Md Alizam bin Hj Salleh
21306 P/SSjn Rosziah binti Napiah

Ke pangkat Pemangku SSjn:
13588 Sjn Hj Hasrulizan bin Hj Gana
15541 Sjn Hardine bin Kahar
16512 Sjn Md Herman bin Ahmad
17640 Sjn Abdul Hafiz bin Hj Abd Jalil

ptb knan 2.jpg
ptb knan.jpg
m.jpg