Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PERJUMPAAN PERPISAHAN PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

pm 6.jpegPENANJONG GARISON, Isnin, 24 Ogos 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Perjumpaan Perpisahan Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada pagi hari ini.

Ketibaan Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud telah disambut oleh Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB, Timbalan Komandan IL ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan warga IL ABDB di Dewan Nikmat IL ABDB, Penanjong Garison. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT). Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada Yang Mulia Komandan IL ABDB di atas dukungan dan keprihatinan Yang Mulia Pemerintah ABDB dalam usaha-usaha yang menjurus kepada penaiktarafan mutu latihan tentera yang membawa manfaat dan pembangunan ABDB secara holistik. 

Majlis diikuti dengan penyampaian cenderahati daripada Yang Mulia Komandan IL ABDB yang mewakili seluruh warga IL ABDB kepada Yang Mulia Pemerintah ABDB. Yang Mulia Pemerintah ABDB kemudian dijunjung untuk memberi ucapan perpisahan. Antara Intipati ucapan adalah nasihat perpisahan kepada warga IL ABDB agar sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, mengekalkan piawaian latihan yang tinggi, mengekalkan kepimpinan yang berkualiti dan prihatin. Yang Mulia Pemerintah ABDB juga menyentuh mengenai Work Life Balance dan prinsip kepimpinan Lead by Example. 

Majlis turut diserikan dengan tayangan Video Ristaan yang mengimbas kembali kenangan bersama Yang Mulia Pemerintah semasa di awal perkhidmatan Yang Mulia Pemerintah ABDB di IL ABDB berserta kenangan-kenangan beliau sebagai Pemerintah ABDB. Selesai menikmati jamuan, Yang Mulia Pemerintah ABDB dijunjung bagi menandatangani lembaran kenangan.

Yang Mulia Pemerintah ABDB kemudian dijunjung bagi menyempurnakan Acara Menanam Pohon Kurma di hadapan Surau Al-Hikmah. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai bersama pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan IL ABDB.
pm 1.jpeg
pm 4.jpeg
pm 2.jpeg
pm 9.jpeg
pm 5.jpeg
pm 3.jpeg
pm 8.jpeg
pm 10.jpeg