Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MUZAKARAH SESSION BETWEEN COMMANDANT OF TRAINING INSTITUTE RBAF AND PARTICIPANTS OF THE INTERMEDIATE OFFICERS TACTICS COURSE

IOTC 2.jpegPENANJONG GARRISON, Thursday, 06 August 2020 – A Muzakarah session between Colonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Commandant of Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) and participants of the Intermediate Officers Tactics Course (IOTC) took place at the School of Infantry (SOI), TI RBAF Penanjong Garrison. A total of 15 officers from the RBAF are currently undergoing the 9-weeks course. 

The session commenced with the recitation of doa followed by the Commandant's Talk. Also present during the session were Commanding Officer of SOI, Directing Staffs and Admin Officer of Officers Development Wing, SOI. The event concluded with a question and answer session and luncheon. 

During the session, the Commandant shared the main qualities of a good officer which includes good character, hardworking and professional. He highlighted the need for junior officers to gain experience early in their careers through engaging with senior officers. He also emphasised on the importance of building a good foundation for career development and to exercise self-reflection to ensure efficient and effective leadership. 

The course aims to develop prospective Majors with the tactical understanding and familiarity with staff processes to effectively fill key roles equivalent for the rank of Major in combat planning up to the Land Force Headquarters level. It is a mandatory course for the officers of the RBAF and is a pre-requisite for Captain to Major promotion.
IOTC.jpeg
IOTC 1.jpeg
IOTC 4.jpeg

SESI MUZAKARAH ANTARA KOMANDAN INSTITUT LATIHAN DAN PESERTA KURSUS INTERMEDIATE OFFICERS TACTICS COURSE

PENANJONG GARISON, Khamis, 06 Ogos 2020 – Sesi Muzakarah di antara Kolonel  Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) bersama peserta kursus Intermediate Officers Tactics Course (IOTC) telahpun diadakan di Sekolah Infantri, IL ABDB, Penanjong Garison. Seramai 15 pegawai ABDB sedang menjalani kursus IOTC selama 9 minggu. 

Acara dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya diikuti dengan sesi muzakarah. Turut hadir semasa sesi muzakarah tersebut adalah Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri, Juruarah-Juruarah dan Pegawai Tadbir, Cawangan Perkembangan Pegawai, Sekolah Infantri.  Acara teruskan dengan sesi soal jawab dan jamuan makan tengahari. 
 
Semasa sesi permuzakarahan tersebut, Yang Mulia Komandan telah berkongsi sama mengenai kualiti yang diperlukan bagi seorang Pegawai seperti mempunyai perwatakan yang baik, gigih dan profesional. Beliau juga menggariskan keperluan bagi pegawai muda untuk memperolehi pengalaman melalui pegawai-pegawai kanan. Beliau juga turut menekankan kepentingan membina asas yang baik untuk perkembangan kerjaya dan mempraktikkan sifat muhasabah diri dalam memastikan kepimpinan yang efektif dan efisien. 

Kursus tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai ABDB mengenai proses dan perancangan pertempuran. Ianya juga adalah kursus mandatori bagi kenaikan pangkat Kapten ke Mejar.