Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS IBADAH KORBAN DAN AQIQAH PERINGKAT PENANJONG GARISON BAGI TAHUN 1441 HIJRAH

daging korban.pngPENANJONG GARISON, Selasa 04 Ogos 2020 – Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah Peringkat Penanjong Garison bagi memperingati sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 1441 Hijrah yang berlangsung di Dewan Nikmat Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Mejar Muhammad Shahrimi bin Ahmad, Pegawai Memerintah Penanjong Woksyop Kejuruteraan Darat KBK TDDB.

Turut hadir, Yang Mulia Leftenan Kolonel Amilin bin Haji Mohammad Gani, Timbalan Komandan KBK TDDB, Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin haji Hassan, Timbalan Komandan IL ABDB, Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, dan Lain-lain Peringkat gabungan unit-unit dari IL ABDB, Bn Bantu TDDB dan KBK TDDB. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan laungan takbir raya. Seterusnya pengagihan daging korban kepada peserta-peserta korban dan ahli-ahli Asnaf dan Fakir Miskin dilaksanakan oleh Tetamu Kehormat. Pada tahun ini sebanyak dua ekor kerbau telah dikorbankan di Penanjong Garison. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Selain untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan warga Penanjong Garison, majlis korban tersebut memperingatkan agar semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan kearah meraih perlindungan, kesihatan dan kemakmuran.
daging korban 1.png
KORBAN.png
PENANJONG GARRISON HOLD MAJLIS IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 

PENANJONG GARRISON, Tuesday 04 August 2020 – Penanjong Garrison held Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah to commemorate Hari Raya Aidiladha 1441 Hijrah which took place at Dewan Nikmat Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Penanjong Garison.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Colonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Commandant TI RBAF. The ceremony was chaired by Yang Mulia Major Muhammad Shahrimi bin Ahmad, Officer Commanding Workshop Penanjong Land Engineering CSS RBLF.

Also present were Yang Mulia Lieutenant Colonel Amilin bin Haji Mohammad Gani, Deputy Commandant CSS RBLF, Yang Mulia Lieutenant Colonel Aldi bin Haji Hassan, Deputy Commandant TI RBAF, Yang Mulia Lieutenant Colonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Commanding Officer Sp Bn RBLF, Senior Officers, Officers and other personnel from combination units of TI RBAF, Sp Bn RBLF and CSS RBLF.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and takbir raya. Then the ceremony continued with distribution of daging korban to participants and Asnaf and Fakir Miskin by Guest of Honour. This year a total of two buffaloes were sacrificed at Penanjong Garrison. The ceremony ended with a doa selamat.

Apart from strengthening the relationship among the personnel of Penanjong Garrison, the sacrificial ceremony reminded all Muslims to celebrate Hari Raya Aidiladha with happiness and joy towards achieving protection, health and prosperity.