Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN DANA KEBAJIKAN

‚ÄčWhatsApp Image 2020-08-03 at 1.11.42 PM (1).jpegPENANJONG GARISON, Ahad, 2 Ogos 2020 - telah diadakan Majlis Penyampaian Dana Kebajikan kepada salah seorang anggota Institut Latihan ABDB (IL ABDB) yang terlibat di dalam kebakaran rumah banglo G51 dan G52 Penanjong Garison.

Penyerahan Dana Kebajikan IL ABDB disempurnakan oleh Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB kepada 21189 PW2 Nor Masliana binti Haji Munap yang berlangsung di rumah kediaman sementara beliau di G45. Majlis diselajurkan dengan penyerahan Tabung  Kebajikan daripada Mes PW, SSjn dan Sjn Penanjong Garison yang dilaksanakan oleh Sarjan Mejar Rejimen IL ABDB.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai dan PTB-PTB Kanan Perumahan Penanjong Garison.

Dengan penyerahan Dana Kebajikan ini, semoga akan dapat membantu meringankan beban anggota akibat daripada musibah yang telah dialami. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan tolak bala.

WhatsApp Image 2020-08-03 at 1.11.42 PM.jpeg

WhatsApp Image 2020-08-03 at 1.11.43 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2020-08-03 at 1.11.43 PM.jpeg