Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS MALAM TAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA BAGI TAHUN 1441 HIJRAH

majlis takbir smpena hri raya aidiladha.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 31 Julai 2020 – Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Malam Takbir Sempena Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1441 Hijrah pada Hari Jumaat, 31 Julai 2020 di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan IL ABDB. 

Turut hadir Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Lain-lain Peringkat gabungan daripada unit IL ABDB, Bn Bantu TDDB dan KBK TDDB.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan laungan takbir raya oleh para hadirin yang hadir. Doa penutup dibacakan oleh Imam Surau Al-Hikmah dan majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah.

Majlis Takbir Sempena Hari Raya Aidiladha diadakan adalah bagi menghidupkan malam Hari Raya Aidiladha serta memberikan kesedaran kepada para hadirin dalam menghayati makna kandungan takbir hari raya. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T, takbir hari raya mula dilaungkan bermula masuknya pada 10 Zulhijjah dan akan berakhir selepas berakhirnya hari-hari Tasyriq iaitu terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah.
111.jpg
222.jpg