Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, ISNIN, 27 Julai 2020 – Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan kepada Pegawai-Pegawai Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah berlangsung di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai IL ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Leftenan Iqbal Arqam bin Haji Abdul Rahman. Majlis diteruskan dengan penyampaian Watikah Perlantikan yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis. Seramai 06 Pegawai IL ABDB telah menerima Watikah Perlantikan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai.