Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

LAWATAN KERJA PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI KE TRAINING SIMULATION CENTER

LAWATAN PDB 3.jpegPENANJONG GARISON, RABU, 22 Julai 2020 – Training Simulation Center telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada pihak Pasukan Polis Diraja Brunei. Rombongan lawatan kerja diketuai oleh Penguasa Polis Mohammad Nor bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Komandan Pusat Latihan Polis. Rombongan tersebut terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan wakil-wakil dari Pusat Latihan Polis Brunei, Bahagian Latihan PDB, Pasukan Gerak Khas, Polis Marin dan kompeni-kompeni Riot Unit. 

Lawatan kerja dimulai dengan ucapan alu-aluan dari Leftenan Kolonel (B) Haslen bin Haji Hassan, Ketua Pegawai Operasi Royal Brunei Technical Services Training. Seterusnya dengan sesi taklimat mengenai dengan Training Simulation Center yang disampaikan oleh Pengiran Muhamad Rafie, Pemangku Ketua Unit, Training Simulation Center. Lawatan kerja diteruskan dengan lawatan ke fasiliti-fasiliti yang terdapat di Training Simulation Center dan diakhiri dengan sesi perbincangan.

Dengan adanya lawatan kerja tersebut, ianya dapat mempertingkatkan lagi hubungan kerja dan silaturahim di antara agensi kerajaan dengan Royal Brunei Technical Services.
LAWATAN PDB.jpeg
LAWATAN PDB 2.jpeg
LAWATAN PDB 3.jpeg