Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN PANGKAT PTB RENDAH INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

‚ÄčWhatsApp Image 2020-07-19 at 2.34.39 PM (1).jpegPENANJONG GARISON, JUMAAT, 17 Julai 2020 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Pangkat kepada PTB Rendah, IL ABDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Pemerintah dan Pegawai Memerintah unit-unit, Pegawai-Pegawai Kanan, Ejutan Markas Garison, Ejutan IL ABDB dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR). Majlis berlangsung di DAIS Markas IL ABDB, Penanjong Garison.

Seramai 19 anggota telah dinaikan pangkat; seramai 06 anggota dinaikan ke Koperal Tetap, seramai 08 anggota dinaikan ke Pemangku Koperal dan seramai 05 anggota dinaikan ke pemangku Lans Koperal.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Mohammad Shakir Farhan bin Haji Omar, imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Majlis diteruskan dengan menandatangani lembaran kenangan dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai yang terdiri daripada Yang Mulia Komandan IL ABDB, Pegawai-Pegawai Jemputan, SMR IL ABDB dan Anggota PTB Rendah yang dinaikan Pangkat.
WhatsApp Image 2020-07-19 at 2.34.39 PM (1).jpeg
WhatsApp Image 2020-07-19 at 2.34.38 PM.jpeg
WhatsApp Image 2020-07-19 at 2.34.39 PM.jpeg