Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN PERLANTIKAN WATIKAH DAN PENYAMPAIAN PANGKAT ANGGOTA - ANGGOTA PTB KANAN IL ABDB INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

‚ÄčWhatsApp Image 2020-07-21 at 8.34.06 PM.jpegPENANJONG GARISON, Jumaat, 17 Julai 2020 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Perlantikan Watikah dan penyampaian Pangkat Bagi Anggota-anggota PTB kanan IL ABDB. Majlis tersebut telah berlangsung di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB. Turut menyaksikan bagi Majlis tersebut Pegawai-Pegawai Jemputan, Sarjan Mejar Rejimen (SMR) IL ABDB, Sarjan Mejar Kawad (SMK) IL ABDB.

Seramai 01 anggota yang menerima Perlantikan Watikah, seramai 03 anggota dinaikan ke pangkat Sarjan Tetap dan seramai 04 anggota dinaikan ke Pemangku Sarjan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al- Fatihah yang diketuai oleh Hj Mohamad Sukaimi Hj Abdullah, Guru Ugama Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison dan seterusnya penyampaian Perlantikan Watikah dan Penyampaian Pangkat.

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai yang terdiri daripada YM Komandan IL ABDB, Pegawai-Pegawai Jemputan SMR IL ABDB, SMK IL ABDB, Yang Dipertua Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan serta anggota PTB Kanan yang Dinaikan. 
WhatsApp Image 2020-07-18 at 4.26.40 PM.jpeg
WhatsApp Image 2020-07-21 at 8.34.05 PM.jpeg
WhatsApp Image 2020-07-21 at 8.34.06 PM.jpeg
WhatsApp Image 2020-07-18 at 4.26.41 PM.jpeg
WhatsApp Image 2020-07-18 at 4.26.42 PM (1).jpeg
WhatsApp Image 2020-07-18 at 4.26.42 PM.jpeg