Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KUMPULAN AL-HIKMAH MENJUARAI MAJLIS PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM PERINGKAT ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 1441H/2019M

​BERAKAS GARISON, Jumaat, 13 Disember 2019 – Kumpulan Al-Hikmah dari Institut Latihan ABDB telah menjuarai Pertandingan Dikir Syarafil Anam peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 1441H/2019M yang telah berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.

Dengan memperolehi markah 93%, Kumpulan Al-Hikmah telah berjaya menggungguli dan menjuarai pertandingan tersebut dan membawa pulang sebuah piala pusingan, wang tunai sebanyak $300.00 dan sijil penyertaan.

Ahli-ahli Kumpulan Al-Hikmah dianggotai oleh  anggota-anggota pelbagai peringkat IL ABDB iaitu 1071 Lt Muhammad Azmi bin Abd Latif, 11831 PW1 (SMG) Norkamal Bin HJ Md Salleh, 12441 PW2 (SMK) Roslan bin Jaineh, 17305 Sjn Salehan bin Ali Safari, 18032 Kpl Nazirul bin Hj Asmat, 18179 Kpl Hj Khairul Arifin bin Rosli dan 50603 Lkpl Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada juara pertandingan ialah Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.  Turut hadir pada acara tersebut ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, pengarah-pengarah tentera, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai serta anggota-anggota ABDB.