Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PENYAMPAIAN PINGAT KERJA LAMA DAN PERANGAI BAIK (TENTERA) ABDB
pingat11.jpgBerakas Garison, Khamis, 12 Disember 2019 - Seramai 19 anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), yang terdiri daripada mereka yang masih berkhidmat dan yang telah bersara, telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Duli Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bagi menerima anugerah Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik di Majlis Rasmi Penyampaian Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (Tentera) bertempat di Padang Kawad Batalion Pertama, Berakas Garison.

Penerima anggota IL ABDB adalah 583 Mej Md Ubaidy bin Umbu@Mohd Umbu, 13950 PW2 Hairul Affendi bin Awang Suhaimi, 13974 PW2 Mardini bin Haji Kasim, 14005 PW2 Ismail bin Mohamad, 14065 PW2 Md Azman bin Haji Zainal, 13918 SSjn Wadi bin Hj Hidup, 14205 SSjn Norazlan bin Abdullah, 14218 SSjn Hj Shahminan bin Hj Jumahat, 12851 SSjn (B) Hj Suhardy bin Haji Noroni, 13639 SSjn (B) Md Azimin bin Hj Abu Bakar, 13769 Sjn (B) Kesumawardi bin Abdullah Tady, 21166 PW2 Rahimah binti Ismail, 21181 PW2 Hadinahwati binti Buntak, 21185 PW2 Ummi Nazrah binti Chuchu, 21189 PW2 Normasliana binti Haji Munap, 21163 SSjn Hajah Maziah binti Haji Mantil, 21216 Sjn Norbaya binti Haji Abd Hadi, 21223 Sjn (B) Siti Salawati binti Awang Suhaimi telah menerima anugerah pingat tersebut.
 
Tetamu Kehormat Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB telah menyempurnakan penyampaian pingat-pingat berkenaan. Penganugerahan Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (Tentera) adalah sebagai tanda penganugerahan dan pengiktirafan yang sangat besar kepada warga ABDB yang mempunyai rekod kelakuan teladan sepanjang 18 tahun perkhidmatan. Ianya juga merupakan satu galakan kepada anggota-anggota ABDB untuk terus bersemangat profesionalisme dan cermerlang dalam perkhidmatan tentera.

pingat11.jpg