Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS PTB KANAN KERANI SESI 2019
333.jpgPENANJONG GARISON, Khamis, 12 Disember 2019 – Majlis Penutup Kursus PTB Kanan Kerani Sesi 2019 telah diadakan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Penanjong Garison. Majlis Penutup Kursus telah dirasmikan oleh Yang Mulia Lt Kol Abdul Rajid bin Haji Zainie, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir adalah Ketua Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB, Pegawai-pegawai jemputan, Jemputan Khas, Jurulatih-jurulatih dan Peserta Kursus PTB Kanan Kerani Sesi 2019.

Seramai 10 anggota peserta kursus terdiri daripada 04 anggota Kementerian Pertahanan, 03 anggota Tentera Darat Diraja Brunei, 02 anggota Tentera Udara Diraja Brunei dan 01 anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei telah berjaya menamatkan kursus. Penuntut Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh Sjn (U) Aliakhbar bin Hj Zulkifli, Unit Markas TUDB. Penuntut Terbaik Akademik disandang oleh Sjn Asrul bin Haji Asli, Unit Markas Bn Bantu dan Penuntut Terbaik Amali Sjn Hussin bin Hj Bugal, Unit Pkt Markas TDDB.

Kursus PTB Kanan Kerani Sesi 2019 telah bermula pada 25 Oktober 2019 selama 7 minggu dan beberapa aktiviti-aktiviti telah dilaksanakan seperti Ujian Panggal, Eksesais ‘Udhiyah’, Pendedahan Bahagian Kaunseling dan Perundangan Tentera.

111.jpg
444.jpg
222.png